Skip to main content

Yazid Izaham sasar debut tembus pasaran Singapura dan Indonesia

Lambakan penyanyi hari ini bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan',  hiburan seni suara terutamanya hari ini diwarnai lagi dengan penyanyi baru bernama Yazid Izaham dengan single solonya berjudul, 'Mudahnya Kau Berubah'.

Mendapat dorongan dan sokongan daripada kedua orang tua dan sahabatnya sejak bergiat dalam bidang muzik ketika memasuki Politeknik, berharap agar lagu pertamanya mendapat sambutan yang positif daripada semua pendengar.
Pandangan keluarga mereka sangat gembira dan menyokong kerana mereka tahu apa yang saya minat.
Dan tentunya saya berasa sangat teruja kerana lagu ini dekat dengan jiwa saya. Saya berharap agar single ini mendapat smabutan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kalau boleh saya harap dapat juga diterima oleh negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Ujarnya yang meletakkan Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad sebagai idola.


Mengenai pembabitannya di dalam seni suara, Yazid, 19,  telah mengikat tali kontrak selama tiga tahun di bawah syarikat rakaman Aries Music Sdn Bhd.

Debut remaja ini telah mendapat sentuhan oleh komposer Kelinci dan diterbitkan oleh Dexter Koh.

Pada masa sama, cover debut Yazid menerusi laman YouTube sudah memperoleh angka yang memberangsangkan di mana lebih 600 ribu orang pendengar sejak awal September lalu.

Selain mempunyai bakat menyanyi, Yazid turut menyimpan hasrat untuk menyandang bidak profesion sebagai seorang Jurutera Elektrik atau lebih dikenali dengan panggilan 'Chargeman'.

Sensation2u ucapkan semoga maju jaya dan bijak membuat percaturan demi masa depan Yazid. Dan selamat datang ke lapangan seni hiburan tanah air.


Comments