Skip to main content

Yuna Zarai dalam 10 majalah terkemuka antarabangsa


Mungkin masih ramai generasi muda sekarang tidak begitu mengenali Yuna dengan lebih dekat. Ya mungkin ada mengenali Yuna Zarai secara umum, anak tempatan yang hit dengan lagu 'Dan Sebenarnya' (2010 trak dari album Decorate).

Almaklumlah jauh diperantauan katakan. Jadi ambillah peluang ini untuk kenali siapa Yuna dan kronologi sebutir bintang Meteor tanah air kita ini.


Dorongan ibubapa

Sejak kecil lagi pelantun lagu 'Crush' sudah diberi galakkan oleh kedua ibubapanya. Ini kerana bapanya yang juga penasihat perundangan juga merupakan seorang pemuzik. Jadi tidak hairanlah.

Baca: 7 artis remaja lelaki pujaan ramai

Minat


Sejak dibangku sekolah menengah jugalah Yunalis Mat Zara'ai, 30, mendapat peluang menjadi penyanyi latar Vokalis Terbaik Malaysia, Dayang Nurfaizah, 36, namun tidak lama kerana Yuna menyambung pengajian dalam jurusan perundangan. Ikut jejak bapa jua.

Bermula di alam kampus Yuna sudah giat mencipta lirik dan lagu sendiri kerjasama dengan kugirannya dan sekali gus menjadikan koleksi Album Studio dan EP yang dijadikan koleksi muzik di Myspace.


Sejak itu, Yuna mula mencuri perhatian ramai netizen dan pada era itulah munculnya lagu yang sentiasa bermain dibibir peminat, 'Dan Sebenarnya'.

Baca: Syurga Yang Sempurna buat Isa Khan

Gemerlapan Bintang


Bermula sekitar tahun 2011 Yuna mula mencipta nama diperingkat antarabangsa, New York, Amerika Syarikat, dibawah syarikat rakaman Fader Label. Pada tahun yang sama, album Decorate menjadi debut di negara tersebut.

Pada tahun seterusnya Yuna mengeluarkan single seterusnya berjudul 'Live Your Life' dicipta sepenuhnya oleh Pharrell Williams. Pada tahun 2012, single Yuna berjaya memahat carta Heatseekers Billboard di tangga ke 23.
Dalam pada tahun yang sama lagi sekali Yuna melakar sejarah dengan memenangi tempat kedua Best New Bands in the World MTV Iggy.
Anak seni ini pernah juga membuat persembahan di MTV Studios bertempat di New York Times Square.

Antara pencapaian luar biasa bintang indie ini, pada tahun 2012 Yuna telah dipilih sebagai ANUGERAH IKON BELIA NEGARA daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di tahun ketiga, Yuna mengikat tali kontrak baru dengan syarikat Verve Records dan terhasil lah album Chapters. Lebih membanggakan, Chapters telah meraih tempat ke-7 dalam carta Billboard bagi album R&B terbaik.


Baca:  Ada sebab lain kenapa Madonna berpindah ke Portugal

ALBUM STUDIO

  1. Decorate (2010)
  2. Terukir Di Bintang (2012)
  3. Yuna (2012)
  4. Nocturnal (2013)
  5. Materials (2015)
  6. Chapters (2016)



Untuk anugerah-anugerah lain penglibatan dalam muzik mungkin anda akan penat kalau Sensation2u senaraikan.

Comments