Skip to main content

Zul Ariffin bangga terjun setinggi 6 tingkat

Peluang datang hanya sekali, itulah ungkapan sesuai buat aktor Zul Ariffin yang tidak teragak-agak untuk terjun dari platform setinggi enam tingkat demi menjayakan filem Tombiruo.

Berikutan babak tersebut menurut pelakon itu, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana ambulan sudah tersedia jika berlaku sebarang kecelakaan.
Ada babak yang saya memang terus terjun dari rumah ketika diserang dan platform itu memang produksi dah siapkan setinggi enam tingkat.
Jadi, semasa melakonkan aksi tu beberapa kali jugalah diulang untuk mendapatkan timing yang betul. Apa nak jadi, jadilah...dah alang-alang saya serah diri, habis kuat pun jatuh ke bawah.
Seronoklah bila dah tonton semula, setidaknya ada perkara yang boleh saya banggakan sebab bilamana platform itu siap dibuat mereka gelakkan saya dan bertanya nak cuba ke tak? Lagipun stunt double dah ready.
Tanpa teragak-agak saya lakukan saja, apa-apa berlaku ambulan ada dan hopefully hantar cepatlah (ujar sambil berseloroh).
Malam ini kita nak berpuas hati, sebenarnya pada masa saya cedera dan diberi rehat selama dua minggu pun saya dah rasa tak puas hati apatah lagi dah sembuh dan masuk set semula.
Baca: Michael Chen buktikan muka jambu boleh bawa watak jahat
Saksikan lakonan Zul Ariffin sebagai Tombiruo atau Ejim, dengan gandingan mantap pelakon hebat Faizal Hussein sebagai bapa, Pondoluo, Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai wartawan jenayah, Wan Suraya.

Manakala Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Dynas Mokhtar sebagai Baizura, Faye Kusairi sebagai Salina, dan Hasnul Rahmat sebagai Juslan.
A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on


Filem bermula 12 Oktober depan ini diadaptasi daripada novelis tersohor Ramlee Awang Murshid, sebuah karya novel siri pertama Tombiruo: Penunggu Rimba.

Untuk rekod, filem ini juga merupakan hasil kerjasama antara Grup Buku Karangrkaf, Astro Shaw, dan Ideate Media

Comments

  1. tak sabar nak tengok... ohhh muvie ni kerjasama Grup Buku Karangkraf juga ya

    ReplyDelete

Post a Comment