Skip to main content

18 tahun Haqiem Rusli dah beli kereta mewah secara tunai!!!

Jika kita selalu mendengar anak muda berjaya melakar sejarah menjadi jutawan muda mahupun sebagai usahawan muda, kini hasil titik peluh penyanyi Haqiem Rusli sudah mempunyai kereta sporty mewah, Mitsubishi Lancer. Cayalah tunai ok!

Terdahulu pelantun lagu 'Tergantung Sepi' memuat naik sekeping gambar kereta mewah itu menerusi akaun Instagram miliknya sambil mencoret keterujaannya.

Baca: Senarai 30 lagu layak ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32
Haqiem ketika ditemui pada sidang media sempena pengumuman 30 lagu yang layak mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn B, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang Selasa.

Jelas anak muda itu lagi, ini semua kerana hasil titik peluh dan simpanan sejak dulu lagi.
Ini semua hasil titik peluh dan saya memang ada menyimpan duit. Pada mulanya saya mahu beli Honda City tetapi mak saya cakap lebih baik beli Lancer lagi lawa.
Dalam perkembangan lain, Haqiem, 18, bercita-cita untuk terjun ke bidang perniagaan dengan menjual burger jenama sendiri sebagai satu plan B seandainya pada masa mendatang Haqiem mengalami fasa kejatuhan.
Baca: Pengorbanan Farahdhiya selepas 7 tahun
Idea itu tercetus apabila melihat situasi karier segelintir artis yang ada turun dan naik dalam kerjaya mereka. 
Jadi, saya mahu menjual burger (Haqiem Burger) sebagai satu alternatif untuk menyara kehidupan masa depan dan perancangan dalam tahun depan bertempat di Times Square.
Ujar Haqiem turut bekerjasama dengan abangnya nanti.

Bijak! pandai menggunakan waktu dan tulang empat kerat berusaha demi masa depan. Semoga keinginan dan kehendak dipermudahkan-Nya.

Awas! lepas ini berderet lah wanita-wanita di luar sana.

Comments