Skip to main content

30 lagu layak ke peringkat separuh akhir muzik-muzik 32

Tentunya ramai yang menantikan lagu kegemaran you all mara ke peringkat Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (SFMM32) bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 32(AJL) yang akan diadakan bermula pada 29 Oktober, 5 dan 12 November depan.
SFMM32 dihoskan oleh Hefny Sahad dan Sherry Alhadad dan pentas SfMM32 bakal dimeriahkan lagi oleh artis-artis terkenal secara langsung setiap Ahad, jam 10 malam.
Baca: Jihan diapit dua pengacara lelaki pada malam ASK2017
Antara penghibur seperti Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Ajak Shiro & Syuk (Hot FM), Hafiz Suip, Siti Sarah, Ezlynn, Bunkface, Tam Spider dan juga 6ixth Sense.
Pada masa sama acara ini turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!

Bagi peminat yang ingin hadir ke siaran langsung berkenaan juga boleh mendapatkan tiket di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 25 Oktober, 1 & 8 November seawal jam 9 pagi.

Senarai penuh 30 lagu layak ke SFMM32


Comments