Skip to main content

3.6 Juta penonton saksi kemenangan Da'i Hakim musim ke-5

Tahniah Sensation2u ucapkan buat ketiga-tiga pemenang program Da'i Pendakwah Nusantara musim terbaru, berlangsung dari Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, minggu lalu.
Difahamkan, rancangan dakwah musim terbaru dalam misi mencari pendakwah pada peringkat akhir Ahad lalu, seramai 3.6 juta penonton telah menyaksikan Da'i Hakim berjaya menjuarai program tersebut.
Manakala Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi yang telah merangkul tempat kedua dan ketiga. Selain itu, Da’i Aiman telah dipilih oleh penaja utama, Almas Beauty and Health sebagai Da’i Pilihan Almas.
Semoga ketiga-tiga pendakwah kita ini terus mengorak langkah dalam memperjuangkan dan mempertahankan keagamaan.

Comments