Skip to main content

Ada jodoh Adam AF2 terus langsungkan pernikahan

Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua tempat ketiga, Adam AF2 menyasarkan lagi dua tahun akan menamatkam zaman solonya buat kali yang kedua.

Muhd Aizam Mat Saman, 34, berkata ketika ditemui pada malam pementasan terakhir Teater Kontena 404.
Saya sudah ada mengenali tetapi untuk ke fasa seterusnya saya rasa belum sampai masanya lagi. 
Ini kerana saya masih ada beberapa perjuangan yang masih mahu diteruskan terlebih dulu. 
Pun begitu, saya menyasarkan pada usia ke 36 tahun nanti akan menamatkan zaman solo.
Baca: Datuk Siti dianugerahkan gelaran Datuk Seri
Ditanya adakah anak kelahiran Kota Kinabalu ini pada masa itu nanti akan terus melangsungkan pernikahan tanpa bertunang dulu, ini penjelasannya;

InsyaALLAH ada jodoh saya akan kahwin terus (tersenyum). Untuk bertunang tu mungkin hanya dalam tempoh sekejap sahaja kemudian baru lah melangsungkan perkahwinan. 
Sebab bagi saya selepas ini, jika sudah jumpa dan berkenan di hati, kahwin terus sajalah.
Mengenai perkembangan terbaru pula Adam sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan lagu terbaru ciptaan sendiri bersama rakan kenalannya yang dikenali sebagai LVD berjudul 'Cinta Dalam Hati'.

Untuk rekod Adam dan bekas isteri Fiza pernah bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Menyorot kisah perkahwinan pasangan ini, Adam dan Fiza pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama.

Bagaimanapun buat kali kedua Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September 2015 sebelum mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2015.

Sensation2u ucapkan semoga Adam bertemu jodoh pada usia mendatang dan semoga segala perancangan dipermudahkan.

Comments