Skip to main content

Aepul Drama Band dedah tabiat ke Kidzania?

Umum tahu Kidzania Kuala Lumpur merupakan lokasi kunjungan kanak-kanak menghabiskan masa mereka untuk merasai pengalaman secara terus menerusi pendedahan pelbagai profesyen yang disediakan.

Menariknya, bagi you all yang dah besar panjang tu inilah masanya merasai pengalaman itu sendiri pada 29 Oktober, Ahad ini. Cukup-cukup berangan, sarung pakaian kerjaya yang you all idamkan sangat tu cepat.

Selain itu you all bakal dihiburkan lagi dengan lapan penghibur band yang ada, antaranya seperti Drama Band, SOG, Maddthelin, Patriots, Ramayan dan ramai lagi.

APA KATA AEPUL?

Kita kan orang dewasa dan kadang-kadang bilamana melihat permainan mereka itu macam menyeronokkan! Jadi ada keinginan untuk mencuba... 
Menariknya #Kidzaniaklrockshow ini merupakan satu showcase yang dilakukan di dalam taman tema itu nanti.
Ditanya mengenai lagu yang bakal dipersembakan pada show case itu nanti, secara ringkasnya menurut Aepul, 28, ianya akan menjadi persembahan yang takkan dilupakan dan ada elemen menarik yang akan turut dipersembahkan sama.
Drama Band akan sampaikan sebanyak lima buah lagu antaranya hit song Biarkanlah, Cerita dia dan Jiwa serta lagu-lagu lain yang tak pernah di perdengarkan lagi.

Comments