Skip to main content

Aiman Hero Remaja belajar dari kesilapan lalu

Dek kerana terlupa untuk membalas soalan yang dikirim menerusi laman sosial dari portal hiburan berlainan, peserta Hero Remaja 2017 iaitu Aiman Zaim terus dilabel sebagai seorang yang sombong.

Sensation2u berjaya menghubungi empunya badan bagi mengulas lanjut berkenaan isu tersebut dan Aiman, 21, mengakui ada kesilapan yang telah dilakukannya tanpa disedari.
Saya terkejut dengan dakwaan yang ditulis dan memang tak menyangka akan terjadi sampai macam ini sekali.
Ceritanya bermula ada portal hiburan mesej secara peribadi menerusi laman sosial dan soalan yang diajukan agak panjang.
Pada masa sama saya ada tugasan HR 2017, jadi saya pesan bila sudah ada kelapangan masa baru saya balas. Namun akhirnya saya sendiri terlupa.
Saya sendiri cuba memohon maaf tetapi bilamana saya cuba cari semula portal berkenaan sudah tiada, mungkin sudah di blocked
Ujarnya sambil berseloroh tetapi menerima ungkapan sombong sebagai teguran yang positif.
Baca:  (Video) Buat salah, peserta Hero Remaja 2017 tampil mohon maaf
Tambah Aiman lagi perkara lalu akan dijadikan sebagai pengajaran untuk masa depan.
Memang ini adalah salah saya dan saya akan belajar daripada kesilapan saya pada masa seterusnya. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari di arena hiburan ini.
Menariknya, Aiman juga sudah berstatus Haji tau... dilanjutkan lagi dengan soalan klise, apakah pandangan Haji muda ini mengenai pembabitannya dalam dunia hiburan, ini penjelasannya;
Well, berhibura itu tidak salah tetapi jangan berlebihan. Janganlah sampai buat perkara yang dilarang
Katanya ringkas kepada Sensation2u.
Setiap orang ada kekurangannya bukan? Adakalanya kita terlupa terhadap sesuatu yang hendak kita lakukan, namun sebaiknya kita kaji selidik dulu sebelum melemparkan ungkapan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.

Comments