Skip to main content

Alif Hero Remaja mahu ringankan beban ibu

Segelintir penggiat seni malu untuk mendedahkan zaman kesusahan mereka, tetapi bagi finalis Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin merasakan sebaliknya.






Menjadikan Nabil Ahmad sebagai teladan hidup jika satu hari nanti sudah berjaya sebagai seorang artis, Alif, 23, berhasrat turut berkongsi pengalaman perit jerihnya dalam mencari sesuap nasi bagi menyara ibu dan adik-beradiknya yang masih belajar.
Pasti semua orang tahu kehidupan Nabil sebelum bergelar artis dia merupakan seorang despacth dan tidak malu menceritakan masa lampaunya ketika mengharungi hidup untuk menyara kehidupan keluarga.
Jadi begitu jugalah dengan diri saya, cerita seperti inilah akan saya kongsikan bersama peminat saya bagaimana susahnya mencari duit dengan harapan dapat menyenangkan ibu dan adik-beradik yang masih bersekolah.
Baca: Misi Mencari Mister Planet Nation Malaysia (MPNM) 2018
Mendalami pandangan anak mudah yang bakal menceburkan diri di dalam bidang hiburan pula, ditanya seberapa pentingnya wartawan dan fans ini jawapannya;
Bagi saya media dan peminat ini bagaikan minyak sementara diri saya adalah kenderaan. Ini kerana di dalam karier masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, pastinya kereta tanpa minyak tak mungkin agak bergerak.
Wow! Hebat bukan pandangan Alif, metafora sungguh unik.

Sensation2u doakan semoga niat murni Alif makbul dan diperkenankan yang Maha Esa. Tak semua orang berani nak mendedahkan zaman pahit sebagai pedoman hidup untuk dikongsikan bersama-sama.

Comments