Skip to main content

Anak Fasha Sandha sakit, ruang komen IG dihujani doa

Sensation2u difahamkan anak bongsu aktres cantik, Fasha Sandha iaitu Raysha Jemyma telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital yang tidak dimaklumkan, pada malam Rabu.

Bagaimanapun menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fasha di IG menggambarkan Jemyma, 2, berada dalam keadaan kurang sihat.
Coret Fasha ringkas berharap agar puteri kesayangannya cepat sembuh.
Baca: Fitri Khai terima nasihat daripada Fattah Amin
Begitu juga ratusan pengikut dihalaman IG bintang tersebut, setakat artikel ini ditulis dihujani dengan ucapan dan doa buat anak kecil itu.

Sama-sama kita doakan agar anak Fasha cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.

Untuk rekod, sebelum ini Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli (Jejai), 40, pada 27 April 2012.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka menemui kegagalan dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Comments