Skip to main content

Apa yang terjadi bila Detik 12 Malam anda patut ambil tahu!!!

Detik 12 Malam kini kembali dengan musim ketiga yang telah mula bersiaran pada 10 Oktober 2017.

Musim ini adalah kesinambungan kepada musim yang lepas di mana pihak produksi Detik 12 Malam terus mencari dan merungkai beberapa pekerjaan dan juga aktiviti yang dilakukan pada waktu malam.
Bersiaran pada setiap Selasa jam 11 malam di TV3, program berdurasi 30 minit ini menyajikan variasi aktiviti dan pekerjaan yang dilakukan terutamanya melewati jam 12 malam
Baca: Saharul Ridzwan manfaatkan Bigo Live 3 kali sehari
Menurut Penerbit Detik 12 Malam, Abdul Ghani Mokhtar
Objektif program ini bukanlah untuk mencari makhluk halus atau hantu semata-mata, tetapi lebih kepada memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cabaran dan dugaan pekerjaan yang dilakukan pada waktu malam dari sudut mistik dan misteri disamping merasai sendiri pengalaman mereka melalui pengacara, Azmi Jamsari.
Konsep dan idea asal program ini masih dikekalkan cuma terdapat beberapa segmen diberikan sentuhan baharu yang pastinya memukau sanubari penonton.
Diharapkan dengan musim baru ini, penonton akan lebih mengetahui dan serba sedikit beroleh ilmu dimana segala apa yang dipaparkan ini berkait rapat dengan ilmu alam.
Segala cerita dan pengalaman yang dikongsikan adalah berdasarkan kisah sebenar dan dilakonkan semula bagi memberikan gambaran sebenar situasi dan kejadian yang berlaku.
Pecahan episod adalah seperti berikut:
Episod 1: Kuda Kepang (Upacara Pati Geni)
Episod 2: Aktiviti Paranormal
Episod 3: Pendaki Gunung
Episod 4: Pemikat Burung Wak-Wak
Episod 5: Pencari Madu Tualang
Episod 6: Kaki Pancing
Episod 7: Penjaga Stadium
Episod 8: Penjaga Pencawang

Ikuti pelbagai lagi kisah-kisah menarik menerusi DETIK 12 MALAM bersama Saiful Azmi Jamsari bermula 10 Oktober, setiap hari Selasa jam 11.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikannya di kaca televisyen, anda boleh menonton melalui saluran alternatif iaitu di www.tonton.com.my

Comments