Skip to main content

Caprice ambil tindakan polis

Beberapa hari yang lalu, difahamkan penyanyi rapper terkenal iaitu Caprice telah mengambil tindakan ke atas bekas peserta program 'Clever Girl' iaitu Kiera.

Difahamkan berlaku perselihan faham diantara mereka berdua.

Untuk itu ikuti permohonan maaf secara terbuka Kiera di media sosialnya;
Baca: Video sekitar pengumuman kehamilan Datuk Siti Nurhaliza
Assalamualaikum wrt wbt. Saya memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang ada terkecil hati merasakan bahawa saya memperkecilkan orang yang tidak cemerlang dalam pelajaran. Berkenaan komen saya mengenai latar belakang akademik Caprice, pasti ada sebab mengapa saya meninggalkan komen sedemikian. Seperti yang telah saya nyatakan dan semua sedia maklum, saya telah diasak oleh Caprice dengan dengan kata-kata kesat iaitu “study kat oxford tapi otak masih letak di lutut." dan penuh dengan ayat-ayat hinaan ke atas diri saya dalam captionnya itu. Apabila Caprice tulis begitu sudah tentulah saya berasa ingin tahu apakah latar belakang pendidikan Caprice sehingga menghina latar belakang saya begitu sekali makanya saya pun menulis komen tentang tahap pendidikan Caprice kepada rakan saya tetapi komen itu telah diprintscreen oleh Caprice dan diletakkan di akaun Instagram miliknya supaya disalahertikan. Oleh itu, saya memohon maaf kepada Caprice atas perihal ini, dan juga kepada semua yang berkecil hati atas kenyataan tersebut kerana komen tersebut hanya ditujukan kepada insan bernama Caprice yang menghina latar belakang akademik saya terlebih dahulu. Saya ikhlas memohon maaf atas perkara ini. Ingin saya tegaskan tidak pernah saya mendiskriminasi atau memandang rendah terhadap sesiapa yang tidak cemerlang akademiknya. . Namun, saya menafikan dakwaan Caprice yang saya telah membabitkan ibunya. Perkara ini langsung TIDAK PERNAH BERLAKU. Sekali lagi saudara Caprice telah MEMFITNAH saya. . Memanggil saya sebagai DUMBASS di khalayak ramai juga bukanlah suatu yang mencerminkan akhlak yang baik. . Saya mencadangkan untuk kita selesaikan perkara ini melalui saluran yang betul. Saya mohon untuk saudara Caprice memadam semua pos yang ada kaitan dengan saya begitu juga dengan saya untuk melakukan sedemikian. Jika benar anda ikhlas, silalah padam semua pos anda itu. Semua, bermakna semua. Saya akan memadam pos ini setelah anda melakukan sedemikian. Jika benar anda ingin menjadi seorang motivator lakukanlah yang terbaik. Hentikanlah dari menggunakan perkataan kesat. Kita selesaikan di luar media sosial dengan cara yang lebih berhemah.
A post shared by KIERAcatkingdom Cattery 🇲🇾 (@kieracatkingdom) on
Ini pula coretan Caprice;

Comments