Skip to main content

Datuk Siti dianugerahkan gelaran Datuk Seri

Sekalung tahniah diucapkan buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang kini dianugerahkan Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Berita baik itu dikongsi sendiri menerusi Instagram miliknya.
Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama , Bangsa , Negeri & Negara Patik..
Menjunjung Kasih Tuanku ..Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang .. #daulattuanku #alhamdulillah


Rata-rata peminat beranggapan bahawa rezeki tersebut kerana tuah kandungannya. Sehingga ini ruang komen milik Siti, 38, dihujani ucapan tahniah dan kata-kata mutiara.
Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada penerima.

Sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Comments