Skip to main content

Farahdhiya tak terjangka Ezmir Hero Remaja into character

Memasuki episod keempat Pencarian Hero Remaja 2017 dengan tugasan baru, para peserta dikehendaki untuk berlakon dengan seorang aktres jelita, Farahdhiya.

Dalam pada itu seorang jejaka tinggi lampai dan berambut panjang yang dikenali sebagai Ezmir Sadriq, 19, difahamkan tidak sengaja mengasari pelakon dan penyanyi tersebut.

Ezmir dan Naib Juara Gegar Vaganza musim kedua masing-masing ditugaskan untuk melakonkan semula babak drama Dendam Aurora

Ikuti sedutan ini:
Baca: Misi Mencari Mister Planet Nation Malaysia (MPNM) 2018
Bagaimanapun, menerusi siaran malam tadi, Ezmir sudah pun memohon maaf... Iya lah, mungkin kerana Ezmir terlalu menghayati watak ya tak?

Kesian lengan pelantun lagu 'Bertahta Dihati'. Mujur Farahdhiya tak melatah, sebab Farahdhiya pun ada ikuti kelas seni mempertahankan diri tu.

Menariknya episod pada kali ini, peserta dinilai oleh juri profesional, Penerbit dan Pengarah SKOP PRODUCTIONS, Datuk Yusof Haslam.

Tidak ketinggalan, Adam Corrie turut diundang bagi menjayakan tugasan tersebut.

Pun begitu, tahniah Sensation2u ucapkan buat peserta Alif Muhaimin, 23, dan Farhan Asri, 20, kerana kedua-dua mereka berjaya memenangi tugasan tersebut.
Sementara di dalam tugasan mix & match yang dinilai oleh pereka tersohor, Rizman Ruzaini, Ikmal Amry, 23, berjaya membolot custom made suit bernilai RM1,000. wOW hebat!
Untuk rekod, tiada penyingkiran dibuat dan kesemua sembilan finalis masih selamat untuk beraksi ke peringkat seterusnya. Good luck...

Comments