Skip to main content

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba raih RM2 juta dalam masa 4 hari

Filem Tombiruo : Penunggu Rimba yang diadaptasi dari karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid telah pun menemui penonton bermula 12 Oktober lalu.

Meskipun filem ini baru 4 hari ditayangkan di pawagam, namun ia telah berjaya meraih kutipan lebih RM 2 juta.
Baca: Iswan Ismail bakal masuk kelas cikgu Fauziah Nawi
Menakjubkan, negeri Sabah turut menyumbangkan kutipan tertinggi untuk filem ini.

Barisan pelakon tanah air yang telah menjayakan filem ini adalah Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Dato’ M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan.

Mereka juga akan menemui penonton
di sebalah selatan bagi sesi jelajah filem ini selama 3 hari bermula 20 sehingga 22 Oktober ini.

Comments