Skip to main content

Fitri Khai terima nasihat daripada Fattah Amin

Tentu you all pernah mendengar mengenai 'ulat tiket' dan 'ulat parking' ini kan? Tidak terlepas jua 'ulat' ini turut wujud dalam arena hiburan.
Baca: Ikmal Amry terkejut ada orang sanggup ambil kesempatan
Sebagai bakat baru yang baru sahaja berjinak-jinak terutamanya di dalam bidang lakonan dan pentas peragaan, Muhammad Fitri Khairul Nizam Hisham atau nama komersialnya Fitri Khai mengakui pernah ada individu yang cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Ramai yang mencuba untuk mengambil kesempatan dan kononnya menawarkan jalan pintas namun saya menolak dan berhati-hati. 
Jadi saya akan terus menjaga diri untuk mencipta nama daripada maruah saya tercemar.

Jelas Fitri Khai yang tajam akal kepada Sensation2u ketika ditemui menghadiri tayangan wayang media hiburan, filem Flatliners.
BTS OH! SI KACAK
Pada masa anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini bertuah kerana dikelilingi insan-insan yang tidak lokek berkongsi ilmu.
Antara artis yang disebut Fitri Khai, 18, seperti Fattah Amin, Aizat Amdan.
Pernah satu ketika saya hadiri uji bakat ada pelakon senior turut sama memberikan nasihat kepada saya agar berjaga-jaga dengan orang seperti ini.
A post shared by ♡AH | Fitri Khai (@fitrikhai_) on

Comments