Skip to main content

Hala tuju Ikram Ruzzaman selepas AF2016

Bekas peserta Akademi Fantasia musim lalu, Ikram Ruzzaman kini mula memberikan sepenuh tumpuan terhadap bidang lakonan selepas menyaksikan peluncuran single solonya 'Tak Bisa Mencintaimu' dilihat agak perlahan.

Pun begitu, tawaran yang hadir selepas pembabitan di dalam AF2016, nama Ikram sudah mula mencuri ramai perhatian pengarah.
Baca: Iswan Ismail bakal masuk kelas cikgu Fauziah Nawi
Ini dapat dibuktikan lakonan Ikram, 27, menerusi telemovie 'Transit Terakhir' dengan gandingan pelakon terkenal Amar Asyraf pada pertengahan Januari lalu.
Pada mulanya saya fokus dalam bidang nyanyian, kemudian selepas lagu pertaruhan pertama nampaknya perlahan saya beralih pula memberikan tumpuan di dalam bidang lakonan.
Selain lakonan saya juga ada menerima beberapa undangan sebagai pengacara majlis. In fact, sebelum memasuki AF lagi saya memang banyak melakukan mengacara majlis.
Diajukan soalan nakal, adakah ini sememangnya menjadi trend penyanyi yang kurang menyerlah akan mempertaruhkan pula diri mereka di dalam arena lain, ini jawap Ikram;

Untuk saya sebenarnya memilih menjadi sebagai seorang penghibur. Ini kerana penghibur boleh menyanyi, mengacara dan berlakon.
Jadi untuk saya terus bertapak di lapangan seni hiburan saya tak boleh memilih, apa sahaja yang datang saya terima asalkan masih lagi berada di dalam industri hiburan
Ujar Ikram kepada Sensation2u ketika ditemui pada malam Lepak AKUSTIKA bertempat di Talent Lounge baru-baru ini.

Comments