Skip to main content

Ikmal Amry terkejut ada orang sanggup ambil kesempatan!

Finalis program realiti Pencarian Hero Remaja 2017, Ikmal Amry terkejut apabila mendapati ada individu yang sanggup mengambil kesempatan ke atas dirinya dengan mewujudkan akaun palsu.

Terdahulu Sensation2u ada mengajukan soalan apakah yang sedang berlaku antara Ikmal dan rakannya, seperti ada perselihan fahaman menerusi status yang dimuat naik di FB (IKMAL AMRY FULL).
Bagaimanapun status tersebut telah dipadamkan sebaik Sensation2u cuba melaporkan kepada Ikmal. Daripada saat itulah finalis Hero Remaja 2017 ini terkejut kerana akaun tersebut palsu dan hampir kesemua gambarnya dipergunakan.
Menurut anak muda yang lebih mesra disapa sebagai Am ini memberitahu akaun FB sebenarnya ialah ZULIKMAL AMRY (IG IKMAL AMRY).
Baca: "Saya tak mahu hampakan mereka" - Ikmal Amry
Itu bukan saya, akaun FB saya Zulikmal Amry. Manakala akaun IG saya pula @ikmalamry.
Untuk makluman saya kurang aktif di FB dan hanya aktif di IG sahaja.
Jelas Ikmal Amry atau nama penuhnya Zulikmal Amry, 23, ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Pada masa sama Am menekankan agar orang ramai dan peminatnya jangan terpedaya jika menerima ataupun menambah sebagai rakan daripada individu berkenaan. Malah diminta untuk sama-sama melaporkan akaun tersebut.
Jadi tolong jangan add dan buat report terhadap akaun fake tersebut. Amat penting untuk fans dan mereka yang mahu add saya tahu akaun yang sebenarnya. 

Comments