Skip to main content

Iswan Ismail bakal masuk kelas Cikgu Fauziah Nawi

Meskipun sudah berjaya menembusi pasaran Malaysia, aktor kelahiran Singapura ini akui masih ada lagi kekurangan yang perlu diperelok untuk memantapkan lagi bakat lakonannya.

Justeru, Iswan Ismail, 29, mengambil pendekatan dengan memasuki kelas lakonan cikgu Fauziah Nawi yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Dalam pada itu, Muhammad Iswan Ismail atau nama pentasnya Iswan Ismail yang melonjak menerusi drama rantaian Astro Hero Seorang Mr Cinderella tidak menafikan ada rasa takut dengan pelakon wanita hebat itu.
Baca: Fitri Khai terima nasihat daripada Fattah Amin
Isk...takut (sambil tersenyum)...sebab dengar ada juga yang cakap macam garang. Tetapi saya memang memerlukan cara bimbingan yang begitu.
Ini kerana saya memang tidak ada asas lakonan mahupun ilmu teater. Secara peribadi saya belajar sendiri dengan melihat bagaimana artis-artis di lokasi penggambaran berlakon. Dari titik itulah saya belajar.
Oleh itu saya memang memerlukan sangat kelas ini kerana meminati bidang lakonan ini.
Sebelum ini saya ada ambil kelas lakonan di Langkawi dibawah kelolaan Esma selama tiga hari berturut. Selepas habis kelas berkenaan ramai juga yang mencadangkan kepada saya agar pergi ke kelas cikgu Fauziah Nawi.
Di kelas cikgu Fauziah nanti saya akan mengikuti kelas asas dan lanjutan, jadi saya berharap dapat pergi ke kelas itu nanti.
Ujar Iswan kepada Sensation2u berharap agar anda semua yang membaca artikel ini dapat mendoakan perjalanan karier lakonannya dipermudahkan segalanya.
 
Antara drama-drama yang pernah dibintanginya seperti;

  1. Hero Seorang Cinderella - Lukman /Luke (Drama Adaptasi Novel)
  2. Shh..i love you - Kapten Saiful Hisham (Drama Adaptasi Novel)
  3. Papa Sayang - Arfan (Telemovie)
  4. Ops Cinta Din Sardin - Iskandar (Drama)
  5. Karisma
  6. Luna Elvira - Hazli (Telemovie)
  7. Di Pintu Syurga - Dr Iswan (Telemovie)
  8. Lara Cinta Ameena - Dr Badrul (Drama)
  9. Tika Suria Mendongak
  10. Suri Hati Mr Pilot Raya - Khairul (Telemovie dari drama adaptasi novel)
  11. Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin - Nabil (Drama adaptasi Novel)
Iswan ditemui ketika menghadiri malam Lepak AKUSTIKA bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini.

Comments