Skip to main content

Jihan diapit dua pengacara lelaki pada malam ASK2017

Tiga artis terkenal, Jihan, Fahrin Ahmad dan Shuk antara pengacara yang akan memeriahkan suasana pada malam Anugerah Skrin (ASK2017) yang bakal diadakan pada 3 November depan bertempat di Dewan Dagangan Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Mengangkat tema 'Mencipta Fenomena' itu turut menampilkan 15 penyampai anugerah antaranya seperti Anim Ezzati, Aiman Tino, Aaisyah, Farah Nabila, Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Ilya, Rozita Che Wan, Saiful Apek, Sara Adiba, Shukri Yahya, Wany Hasrita, Zizan Razak, dan Zul Ariffin.

Acara ASK2017 juga akan menyaksikan sebanyak 33 kategori yang akan dipertandingkan dan 13 kategori akan diumumkan pada acara majlis prelude yang akan dihoskan oleh pengacara Haizal Kool fm dan Issey Fazlisham.
Baca: Kronologi 'drama' Mona, Shahir, ini jawapan muktamad!
Seterusnya 20 lagi kategori akan diumumkan pada malam kemuncak ASK2017 yang mula bersiaran pada jam 9 malam.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Lakon TV Terbaik, Filem Terbaik, Pelakon Komedi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pelakon Wanita Terbaik Drama, Drama Rantaian Terbaik dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan menyerikan segmen persembahan ialah Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam, Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Azira Shafinaz, Blackdan Jaclyn Victor.

Acara ini turut mendapat kerjasama daripada penaja utama, Olay, penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafé.

Comments