Skip to main content

Juara Hero Remaja 2017 milik Alif Muhaimin

Persaingan yang sengit antara Hero Remaja musim terbaru dan penuh drama di sepanjang episod yang dipancarkan menerusi saluran Astro RIA104, kini sudah tamat dan menyaksikan kemenangan berpihak kepada Alif Muhaimin.
Ternyata anak kelahiran Selangor ini berjaya mengukir namanya di arena hiburan selepas mengharungi pelbagai tugasan yang diberikan. Tahniah!
Baca: Alif Hero Remaja mahu ringankan beban ibu
Baca: Saharul Ridzwan manfaatkan Bigo Live 3 kali sehari
Bukan sekadar gelaran juara namun Alif, 23, turut menerima hadiah berupa wang tunai dan trofi beserta hadiah sumbangan percutian AirAsia dan sebagai penghias muka Majalah Remaja.
Dalam kemenangan itu, anak muda ini berjaya menewaskan empat lagi finalis lain diikuti pesaing ditempat kedua, Farhan Asri, 20, dan di tempat ketiga, Harris Anuar, 24.

Manakala dua lagi finalis Adam Yusof, 24, dan Nabil Aqil, 19, masing-masing memenangi anugerah khas juri, Hero Favourite dan Hero Inspirasi.

Comments