Skip to main content

"Kecamlah watak tapi bukan saya" - Janna Nick

Sebelum ini tular satu rakaman video di media sosial berkenaan aktres wanita, Janna Nick kononnya melakukan babak bercium mulut dengan Fattah Amin.

Walau bagaimanapun, pemenang Aktres Pilihan (DFKL2016) memberitahu adegan yang telah dirakamkan berdurasi 15 saat oleh rakan sendiri iaitu Farah Mendoza itu tidak betul malah dilakukan bertujuan memaparkan aksi komedi sahaja.
Saya rasa babak itu sendiri tidak bertujuan untuk menunjukkan rasa apapun mahupun kegersangan. 
Hanya babak kelakar sebenarnya, dan malah jarak diantara kami 10 cm.
Ketika rakaman dibuat ia diambil dari sudut pandang yang jauh dan nampaklah seperti bercium. Untuk makluman tiada sebarang camera trick.
Jelas Janna ketika ditemui pada majlis sepetang bersama barisan pelakon drama Dia TV3 bertempat di pusat membeli-belah 1 Utama, Damansara.
Baca: Faye Kusairi hamil pada masa berlumba kereta
Diajukan soalan andai adanya babak seumpama itu dalam mana-mana drama ataupun filem, Janna, 22, menjelaskan kepada pihak Sensation2u babak berkenaan tidak perlu dilakukan jika dirasakan sebegitu.
Saya rasa kalau tak perlu buat dan tak boleh, maka saya tidak akan melakukannya, itu saja yang boleh katakan. Andai saya masih merasakan boleh buat, saya akan buat.
Sebab pada saya sebagai seorang pelakon kita mendalami karakter dan profesional. 
Jika bercinta dalam cerita itu bukanlah Janna Nick tetapi adalah watak itu sendiri yang bercinta. 
Kalau sepatutnya nak kecam bukan Janna Nick tapi watak yang saya lakonkan, kecamlah watak itu.

Comments