Skip to main content

'Kecantikan Fazura itu bonus' - Razman Hero Remaja

Berpeluang mengikuti program Astro ke Istanbul bersama artis tersayang, jejaka berkulit sawo matang, iaitu Razman Mahayuddin tidak menafikan jika diberi peluang, artis tersebut merupakan Fazura.

Ini kerana menurut anak muda tersebut, Fazura mempunyai personaliti yang menawan termasuklah bakat lakonan yang baik sejak dulu lagi.
Baca: Wanita berhijab 'runway' di Jepun tular dalam masa 10 saat
Bagaimanapun, Razman, 22, diterbangkan bersama pelakon yang tidak asing lagi iaitu Aedy Ashraf.
Saya mula meminati Fazura sejak filem 'Gol & Gincu' kemudian 'Selamat Pagi Cinta'.
Iya lah bercakap tentang penampilan, kecantikan itu bonus lah, lelaki mana tak minat perempuan lawa.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada bakatnya yang pandai berlakon dalam apa jua watak yang diberikan.
Jelas Hero Remaja 2017 kepada Sensation2u ketika ditemui pada malam Lepak AKUSTIKA bertempat di Talent Lounge, Damansara.

Meskipun tidak dijodohkan lagi bersama Fazura, namun Razman akui teruja kerana dapat menimba pengalaman baru bersama artis terkenal dan budaya di sana.
Antara pengalaman baru di negara orang saya belajar dua perkara, budaya dan kerjasama antara team produksi.
Di sana kami satu team bagaikan keluarga, layanan semuanya sama rata, mereka semua membantu dan memberi. 
Sementara itu, Aedy pula seorang yang sempoi dan senang untuk bekerjasama.
Ujar Razman menceritakan momen indah dapat menjejaki ke beberapa lokasi filem penggambaran Sky Fall antaranya di Grand Bazaar dan Galata Tower, Istanbul.

Program #expeRIAnce : Ready Set Action! merupakan rancangan yang memberikan peluang kepada anda bercuti bersama artis kegemaran dan meneroka ke tempat-tempat menarik serata dunia yang menjadi lokasi penggambaran filem dan drama terkemuka.

Comments