Skip to main content

Ketahuilah 5 cara Jihan menjaga kandungan dalam tempoh kehamilan

Bakal bergelar sebagai seorang ibu tidak lama lagi, pengacara popular, Jihan Muse tetap mengambil berat terhadap kandungannya meskipun masih bekerja.

Bagi segelintir wanita hamil pasti wujudnya naluri risau akan kesihatan kandungan mereka.
Justeru bagi menjaga kandungan mereka sebaik-baiknya, ada yang sanggup bercuti panjang dan berehat di rumah sahaja.

Sebaliknya, Jihan, 34, tawakal dan percaya kepada Maha Pencipta serta enggan terlalu memikirkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan kandungannya.
Baca: Jihan diapit dua pengacara lelaki pada malam ASK 2017
Selagi ada kudrat saya akan bekerja, saya buat, jika tak boleh saya tak buat. Saya percaya team produksi dah buat persiapan rapi untuk menjaga saya di lokasi. 
Jadi kalau saya terlalu risau sangat sebab nak buat hal pelbagai sewaktu tempoh bekerja dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pula.
Secara ringkasnya, Jihan ada menyatakan rutin dan langkah selamat demi menjaga kandungannya agar berada dalam keadaan terjaga dan sihat.

  1. Ambil nasihat daripada doktor
  2. Mendengar nasihat team produksi sewaku bekerja.
  3. Buat rujukan
  4. Banyak bertanya dengan rakan dan keluarga.
  5. Ambil pemakanan sunnah seperti kacang, kurma, safran dan sebagainya.
Ujar Jihan selaku pengacara utama bersama dua lagi hos lelaki pada malam Anugerah Skrin 2017 nanti.

Comments