Skip to main content

Kronologi 'drama' Mona & Shahir, ini jawapan muktamad!

Pada Isnin lalu, difahamkan sebuah gambar antara penyanyi terkenal Shahir Zawawi dan wanita yang dikenali sebagai Mona juga merupakan seorang pramugari mula menjadi gosip hangat sejak tersebar di media sosial.

APA KATA SHAHIR
Terdahulu Shahir tampil menjelaskan bahawa Mona atau nama sebenarnya Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, hubungan mereka berdua tidak lebih hanya sekadar peminat dan penyokong karier Shahir sahaja.

2. PENAFIAN
Sementara di pihak Mona pula menafikan sebaliknya dan menekankan mereka mula berhubung menerusi Instagram beberapa bulan lalu dan pernah keluar berduaan dan bersama rakan.
Mengenai status Mona mahu Shahir, 29, sendiri memaklumkannya dan memberi amaran "jangan sampai ada bukti lain pula yang keluar".
Baca: Foto pre-majlis konvokesyen paling rare setakat ini!!!
3. MONA & PEMAIN BOLA PULA
Ketika bahang gosip mereka masih menjadi perbualan netizen, Mona akhirnya tampil mendedahkan statusnya sebelum ini merupakan ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata.

Pun begitu, hubungannya gagal dan sudah bercerai.

Dalam masa yang sama wanita itu turut mengakui perkara ini menjejaskan hubungannya dengan kekasih baru, Mohd Ridzuan yang juga merupakan pemain bola pasukan Terengganu.

4. EWAL SYAMEL SHIHA ZIKIR, EL
Dalam babak 'drama' yang berlarutan ini juga disebut nama seperti di atas kerana difahamkan Ewal dan Syamel serta El antara rakan artis yang pernah didekati kerana kawan dan bukan taste katanya.

Selain mereka, Mona juga berkawan baik dengan pelantun lagu Jangan Bilang Siapa Siapa.

5. PILIHAN SHAHIR
Dalam keadaan samar hubungan Shahir dengan primadona terkenal, Erra Fazira, Shahir tekad memilih Erra sebagai pilihan suri hati hingga hujunh nyawa pada awal tahun 2018

Comments