Skip to main content

Lebih 450 ribu manusia banjiri Karnival Jom Heboh!

Jom Heboh!

Memang gamat suasana di Karnival Jom Heboh yang telah berlangsung dari negeri pantai timur, Terengganu baru-baru ini.
Sensation2u difahamkan lebih 450 ribu pengunjung menghadiri acara padang terbesar anjuran TV3 yang diadakan selama dua hari berturut lalu.
Manakan tidak bila hari minggu dapat meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang dengan mengunjungi karnival tersebut bertempat di Persiaran Gong Badak, Kuala Terengganu.

Antara booth-booth yang menjadi tarikan utama seperti Cerekarama, Buletin Utama, Bananana Land, Inspirasi, Raudhah, Hot FM & Kool FM serta Wow Bag yang padat dengan pelbagai aktiviti disamping menawarkan cenderahati esklusif untuk para pengunjung yang hadir. 

Lebih istimewa Karnival Jom Heboh juga turut menerima kunjungan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB. Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap program yang penuh gilang-gemilang ini.

Comments