Skip to main content

Misi Mencari Mister Planet Nation Malaysia (MPNM) 2018

Tirai sebuah program pencarian bakat popular, Mister Planet Nation Malaysia 2018 (MPNM2018) akan bermula tidak lama lagi selepas empat musim berjaya dilangsungkan sebelum ini.

Terdahulu, MPNM telah menyaksikan empat wakil negeri masing-masing iaitu Mr. Kedah 2014 (Eizaaz Farez), Mr. Perlis 2015 (Nazmi Nordin), Mr. Pulau Pinang 2016 (Nazirul Mubin) dan Mr. Johor 2017 (Ameerul Asyraf) berjaya menyandang gelaran juara.

MPNM merupakan sebuah landasan atau platform berkonsepkan akademi yang memberikan peluang keemasan buat bakal peserta untuk meneroka ruang yang diberikan.
Baca: Perebutan Takhta Hero Remaja 2017 menggantikan Fattah Amin
Menariknya, sepanjang tempoh MPNM berlangsung, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai jenis kelas secara percuma seperti lakonan, keterampilan diri, pengucapan awam dan banyak lagi.

Paling penting, peserta turut diterapkan dengan nilai-nilai budaya Malaysia memandangkan pemenang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa, sekali gus mempromosikan tanah air di mata dunia.

Untuk rekod, rata-rata bekas juara dan finalis telah digilap serta diasah bakat lakonan mereka di bawah produksi terkenal seperti A.Aida Production, JS Pictures, Suhan Movies & Trading, Skop Productions dan Zeel Productions.

Mereka terdiri daripada Nazmi Nordin, Afiq Afandi, Ameerul Asyraf, Erfan Hanif, Fauzi Mohamad, Hafiz Nolan, Nazirul Mubin, Yusuf Tony, Shabeck Hasim dan ramai lagi..

Untuk syarat dan cara penyertaan klik FBMPNM IGMPNM

Comments