Skip to main content

Muzik video lagu terbaru Fattah Amin ditonton hampir 500 ribu kali

Selepas menyaksikan kejayaan cubaan pertama single solo Fattah Amin meraih sambutan yang menggalakkan, kini bekas Hero Remaja itu sekali lagi tampil mengetengahkan single terbaru berjudul '1234u'.
Lagu dan muzik video yang dilancarkan seminggu lalu dapat dilihat sudah meraih tontonan hampir 500 ribu kali.

Tidak ketinggalan juga ketika artikel ini ditulis seramai satu ribu peminat Fattah Amin turut membanjiri ruang komen di halaman YouTube lagu itu.

Tahniah Fattah Amin... teruskan usaha dan semoga segalanya dipermudahkan.
Baca: Fitri Khai terima nasihat daripada Fattah Amin

Untuk rekod lagu tersebut dicipta oleh oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan yang turut bertanggungjawab membuat single pertamanya, Wanita Terakhir.
Muzik video lagu itu turut menampilkan Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika yang merupakan pelakon bagi telefilem itu.

Dalam pada itu, Fattah memaklumkan telefilem Wanita Terindah akan mula ditayangkan di Astro First saluran 480 bermula 2 November depan.

Comments