Skip to main content

Pengorbanan Farahdhiya selepas 7 tahun

Penyanyi terkenal, Farahdhiya mengakui sebelum ini berat hati untuk beraksi di atas pentas kerana pernah ditipu tidak dibayar.

Pun begitu, pelantun lagu 'Bertakhta Di Hati' akhirnya terbuka untuk beraksi semula pada malam Teatar Bahara Emas yang telah berlangsung pada 19-22 Oktober lalu.
Hampir enam ke tujuh tahun banyak tawaran yang diberikan namun saya berat hati kerana pengalaman sebelum ini pernah tak dibayar.
Bagaimanapun, bila mendapat tawaran ini hati rasa seperti ada lembut sikit setelah meneliti beberapa aspek.
Pada masa sama Farah turut memberitahu kepada Sensation2u watak sebagai Tun Fatimah merupakan pengalaman manis kerana perlu bersilat.
Bila saya dapat tahu kena bersilat, saya tak pandai tetapi ada guru yang memberi tunjuk ajar.
Jadi ini memang satu cabaran baru buat saya. Kalau lepas ini tak ada tawaran cerita bangsawan pun saya tak kisah lah sebab saya dah merasa.

Baca: Kronologi 'drama' Mona, Shahir, ini jawapan muktamad!
Jelas Farah, ketika ditemui pada sidang media bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bercerita mengenai karier nyanyian pula, Farah, 33, terlibat dengan projek lagu Inggeris bersama DJ antarabangsa.
Projek ini usaha sama artis dari satu dunia dan daripada Malaysia sendiri saya dan Datuk Zainal Abidin.
Masing-masing dapat lagu sendiri yang akan dimuatkan dalam satu album dan dipasarkan di luar negara.
Pementasan yang telah diadakan baru-baru ini merupakan salah satu program sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 SPRM.

Pementasan teater ini memberi peluang kepada SPRM mendekatkan diri dengan masyarakat melalui kaedah seni. Ia adalah cara baru yang belum pernah dilakukan oleh SPRM sebelum ini.

Manakala skrip Bahara Emas, mengetengahkan tentang bahaya rasuah yang mana ia boleh meruntuhkan sebuah negara seperti Kesultanan Melayu Melaka. Ia harus dijadikan pengajaran kepada rakyat negara ini.

Comments