Skip to main content

"Ramai orang sangka saya gila"- Shiha Zikir

Bakal mengeluarkan lagu terbaru berjudul 'Jagakan Dia', pelantun lagu ini mengakui ini merupakan sebuah adaptasi daripada kisah benar yang berlaku dikalangan orang terdekatnya tetapi biarlah dirahsiakan.

Lagu ‘Jagakan Dia’ mengisahkan love story seorang yang tidak sanggup berpisah dengan orang yang kita sayang. Lagu ini definisi luas, bukan hanya ditujukan kepada pasangan sahaja namun kepada sesiapa saja yang merasakan tak sanggup kehilangan orang yang disayang.
Baca: Saharul Ridzwan Jagakan Dia Buat Shiha Zikir
Manakala lirik dan lagu yang mendayu-dayu telah mendapat sentuhan sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi terkenal Ippo Hafiz.
A post shared by Shiha Zikir D'Academy Asia🇲🇾🇮🇩 (@shihazikir) on

Bagi mereka yang pertama kali menonton teaser muzik video itu, ramai orang sangka saya gila. Tetapi idea itu diinspirasikan daripada kisah benar di mana dilalui oleh orang terdekat.
Jadi bagaimana agaknya jika perempuan jadi macam itu. Saya nak bila orang tonton kita dapat tangkap penonton yang ada pengalaman serupa dan tak mahu dia hidup dalam khayalan. Saya percaya ramai masyarakat kita yang melalui perkara yang sama.
Jelas Shiha ketika dihubungi pihak Sensation2u baru-baru ini.

Comments