Skip to main content

Saharul Ridzwan manfaatkan Bigo Live 3 kali sehari

Selain Instagram, Twitter dan Facebook kini satu lagi sebuah aplikasi baru iaitu Bigo Live hadir memberikan kenikmatan tersendiri buat si pengguna.
Tidak ketinggalan artis kegemaran you all, Saharul Ridzwan, 28, mengambil kesempatan Bigo Live sebagai jambatan untuk berkomunikasi dengan lebih dekat bersama peminatnya.

Menariknya menurut bapa kepada seorang cahaya mata lelaki ini, menerusi Bigo Live beliau meraih satu lagi fans tegar baru.
Baca: Saharul Ridzwan Jagakan Dia buat Shiha Zikir
Jika sebelum ini 'SR Tigers' kini saya turut mempunyai satu lagi ahli baru (penyokong) tegar di Bigo Live. Bilamana saya 'Live' mereka pasti ada.


Dalam pada itu saya akan 'Live' sebanyak tiga kali sehari dengan topik-topik yang menarik.
Selain itu juga saya akan kongsikan bagaimana sesebuah penggambaran itu dijalankan. Ini kerana ramai di antara mereka di luar sana masih tidak tahu behind the scene.
Sebagai contoh babak saya tidur, mereka pasti sangka adegan itu dilakukan tanpa ada orang sekeliling tetapi sebaliknya bila saya tunjuk mereka terkejut kerana ramai krew yang terlibat sama.
Jelas pelakon popular Kau Aku Kita kepada Sensation2u ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin Kebangsaan (ASK) 2017 bertempat di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur.

Tambah aktor segak itu lagi, lagi dua slot Bigo live akan diteruskan secara berperingkat. Nak tahu menarik ke tak, follow lah...

Baguslah macam tu, gunakan lah medium yang ada sebaik-baiknya.

Comments