Skip to main content

Shiha Zikir zahirkan rasa terharu

Bakal mengeluarkan lagu terbaru, pelantun lagu 'Jangan Bilang Siapa Siapa' ini mengambil peluang menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan lagu dan muzik video 'Jagakan Dia'.
Lagu ini begitu istimewa bagi saya sebab ini merupakan kali pertama saya bergerak secara sendirian.  Dan ini sedikit sebanyak memberikan peluang untuk memilih apa saja yang saya mahukan. Sebagai contoh, dalam lagu ini ada elemen orkestra. 
Dalam pada itu, lagu ini merupakan dibawah SZ Entertainment dan alhamdulillah LMATalent House sudi untuk usaha sama dengan syarikat saya bagi menerbitkan lagu ini serta disokong oleh Airish London.
Alhamdulillah perasaan saya berbesar hati kerana dipertemukan dengan insan-insan yang sudi menyokong karier saya.
Baca: Farahdhiya tak terjangka Ezmir Hero Remaja into character
Berbicara soal pemilihan hero utama muzik video tersebut iaitu Saharul Ridzwan yang menepati kriteria pilihan penyanyi berusia 29 tahun itu menjelaskan dia seorang yang berdisiplin dan komited.
Saya dan Saharul Ridzwan baru pertama kali bekerjasama dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dia seorang yang komited dalam setiap pekerjaan yang dilakukan serta memberikan dengan baik apa yang saya mahukan.
Saya pilih Saharul sebab dia mampu membawa watak ini dengan baik. Jadi dia menepati kriteria yang saya cari.
Jelas Shiha berpuas hati sambil berkongsi rakaman muzik video mengambil masa lebih kurang 24 jam masa penggambaran.

Untuk rekod, muzik video Shiha Zikir akan di lancarkan dalam pertengah bulan Oktober ini. Sama-sama kita nantikan dan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah Shiha Zikir.

Comments