Skip to main content

Syafeek Ikhwan ubati rindu sampai ke Eropah!!!

Bagi yang mengikuti perkembangan figura artis bertubuh genit ini di media sosialnya, pasti you all tahu penyanyi bersuara emas ini memang kaki melancong ke luar negara.

Menyelami perasaan pelantun lagu 'Teka Teki' dengan lebih lanjut, jelasnya melancong merupakan hobi sejak zaman belajarnya lagi sehingga lah kini.

Tambah Syafeek,  29,  antara hampir ke 20 buah benua yang pernah dijejaki, Nice, Eropah dan London, the United Kingdom adalah dua negara yang mempunyai suntikan kerinduan tersendiri.
Bercakap mengenai pengalaman manis ini terlalu banyak (ketawa)... ada lah beberapa kali juga tertinggal pesawat seperti di Rome, London, dan Jakarta.
Tetapi kenangan yang takkan saya lupakan sewaktu berada di Nice, sebab terjumpa seorang yang begitu istimewa di hati saya namun hubungan tidak bertahan lama kerana percintaan jarak jauh yang menjadi cabaran yang sangat kuat untuk saya hadapi.
Selain bertemu suri hati, lokasi di sana juga menjadi tempat untuk saya melepaskan rasa stress ketika belajar. 
Sementara di London pula, sebab senang nak cari makanan Malaysia dan saya juga dalam perancangan untuk terbang ke sana balik.

Baca: Hala tuju Ikram Ruzzaman selepas AF2016
Terang Syafeek kepada Sensation2u ketika ditemui pada malam Lepak AKUSTIKA bertempat di Talent Lounge baru-baru ini.

Mengupas dengan lebih mendalam, apakah yang dapat Syafeek pelajari apabila sudah melancong ke merata-rata tempat menarik, ini jawapnya;
Yang paling ketara adalah bagaimana orang melayan orang lain, sebagai contoh di Malaysia sendiri kita tahu macam mana kita melayan warganegara.
Bagaimanapun, di negara orang lain minda kita terbuka kerana dapat menyaksikan cara meraka menerima kedatangan pelancong luar. 

Comments