Skip to main content

Tasha Rahman pencabar baru artis solo wanita

Semakin hari ada saja lambakan artis baru terlebih lagi di dalam bidang nyanyian. Terbaru ini Sensation2u ada menerima kiriman emel dengan memperkenalkan bakat baru yang dikenali sebagai Tasha Rahman.

Gadis lepasan sekolah ini telah mula menceburi bidang nyanyian sejak awal tahun 2017 dengan mempertaruhkan nyanyian asal STELA BAND yang juga merupakan artis bawah syarikat yang sama, BCMUSIC, dan difahamkan masih belum mempunyai debut.

Pun begitu Natasha Nabila Abdul Rahman, 19, akui masih banyak lagi yang perlu diperkemaskan untuk tampil seperti nama-nama besar.
Saya sebenarnya seorang yang pemalu dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam bidang nyanyian termasuklah selok belok kehidupan. 
Menyedari saya masih hijau, tiada lain diharapkan selain diterima baik oleh netizen di luar sana dan kekal di pasaran.
Berkenaan lagu pula, oleh kerana saya masih baru, jadi saya diberi lagu yang sudah siap contoh namun belum dipromo untuk di nyanyikan semula sebagai single saya. 
Baca: "Terharu pemandu teksi pun kenal" - Irwansyah
Jom kita dengar suara adik Tasha Rahman dengan lagu berjudul 'Sama Sama Terluka', adik kita ini perlukan respon agar dirinya tampil dengan lebih menyerlah seperti bintang lain.

Comments

  1. Semaoga semakin banyak artis bisa menambah program hiburan dari negri sendiri amiin salam kenal dari saya.

    ReplyDelete
  2. Semaoga semakin banyak artis bisa menambah program hiburan dari negri sendiri amiin salam kenal dari saya.

    ReplyDelete

Post a Comment