Skip to main content

"Terharu pemandu teksi pun kenal" - Irwansyah

Keberadaannya dilapangan seni hiburan sejak zaman remaja sehingga kedewasaan hari ini tidak pernah gagal mencuri perhatian peminat daripada dalam dan luar negara terutamanya wanita.

Apatah lagi peminat wanita di Malaysia masih setia untuk menunggu karya seterusnya baik menerusi lagu terbaru ataupun drama dan filem.

Buat julung kalinya aktor tampan berusia 32 ini bekerjasama dengan barisan pelakon hebat Malaysia bagi menjayakan drama Dia yang akan mewarnai hari anda menerusi saluran TV3.
Baca: "Kecamlah watak tapi bukan saya" - Janna Nick
Antara artis terlibat seperti, Janna Nick, Izara Aisyah, Zamarul Hisham dan ramai lagi.

Diajukan soalan adakah pemilik suara Pencinta Wanita ini tahu mengenai popularitinya di tanahair ini masih utuh, jelasnya kepada Sensation2u dengan merendah diri.
Sejujurnya saya tak tahu populariti saya di sini seperti apa? Cuma..., saya berasa senang dan ada ketika saya menaiki teksi, kedengaran lagu-lagu saya disiarkan di corong-corong radio. Malah pemandu teksi pun tegur dan masih mengenali saya. 
Jadi, mudah-mudahan drama Dia ini mampu melepaskan kerinduan teman-teman di Malaysia. 
Berkenaan lagu baru mungkin selepas ini insya-ALLAH, sebab kepadatan jadual bekerja masih belum mengizinkan.
Untuk rekod, filem yang pernah menjadi fenomena lakonan Irwan merupakan filem Heart pada tahun 2006.

Comments