Skip to main content

Uqasha buat Hefny cair...

Bagi yang mengikuti perkembangan dua love birds di media sosial terutamanya di Instagram, pasti you all dapat menyaksikan detik-detik indah dikongsi bersama oleh pelakon popular Hefny Sahad dan Uqasha Senrose.
Tidak menafikan perhubungan setakat ini mereka sememangnya lebih terbuka dan tiada apa yang perlu dirahsiakan lagi, malah mereka berdua kini lebih selesa dan rapat serta menerima di antara satu sama lain.
Kami mula mengenali antara satu sama lain hampir 3 tahun dan dalam tempoh itu kami jarang keluar, hanya dalam tiga bulan sekali. 
Dan mulanya rapat pula sejak hujung bulan November tahun lalu sampai lah sekarang. Jadi rasanya tak ada apa-apa yang nak di sorokkan lagi.
Uqasha memiliki pakej dan kualiti yang saya suka (manja lah juga...*tersenyum sipu*), antaranya sebagai contoh lain dapat saya berikan ketika dia bersama adik beradik. Uqasha menjaga mereka dan itu saya anggap sebagai seorang kakak yang bertanggungjawab.
 Baca: Kronologi 'drama' Mona, Shahir, ini jawapan muktamad!
Ujar Hefny selaku pengacara bertugas Separuh Akhir Muzik Muzik 32 (#SFMM32) pada setiap Ahad, jam 10 malam secara langsung dari Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Tambah Hefny, 28, perancangan untuk fasa seterusnya akan diberitahu kelak.
Fasa seterusnya buat masa ini tak ada apa yang nak disampaikan lagi, cuma doakan buat kami yang terbaik dalam jangka masa yang akan diberitahu kelak.
Berbicara mengenai persiapan sebagai hos pada malam #SFMM32 pula, Hefny melihat cara dan gaya pengacara musim-musim lalu sebagai bahan rujukan untuk tampil siap.
Sebagai pengantara saya akan lakukan sebagai tugas sahaja, selebihnya pada persembahan terletak pada artis itu sendiri dan keputusan pula terletak pada juri. 
Sebagai pengacara mengendalikan pentas berprestij persiapan saya memang akan buat ulang kaji bagaimana hos pada musim-musim lalu mengacarakan Muzik Muzik.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat love birds ini dan semoga Hefny tampil menarik dan siap dalam mengendalikan program berprestij itu nanti.

Comments