Skip to main content

10.4 Juta Pengikut di Media Sosial, Zizan Razak dianugerahkan Ikon Media Sosial

Jika Ayda Jebat menerima takhta Ikon Media Sosial pada Anugerah Planet Muzik 2016. Kali ini menyaksikan Zizan Razak pula dinobatkan di acara #MSMW2017

TAHNIAH diucapkan buat pelakon dan pengacara popular, Zizan Razak yang menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 pada petang Rabu, semalam.

Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 33, menerima status tersebut bersempena majlis tahunan Media Social Malaysia Week (MSMW) 2017 yang diadakan bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.
BACA: "Kulit masam dan rosak, wanita perlu tampil cantik" - Salima
Penganugerahan tersebut juga dapat dibuktikan menerusi pengikut Zizan di akaun Instagram dengan pengikut sebanyak 4.4 juta.

Manakala di Twitter 2.5 juta pengikut dan di Facebook pula sebanyak 3.5 juta pengikut. Hebat betul aura pengaruh anak kelahiran pantai timur ni.
A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Acara berprestij itu menghimpunkan para pengamal media berpengaruh dan individu-individu dari industri berpengalaman bagi membentangan topik-topik menarik berkaitan media sosial.

Antara topik-topik sepanjang hari ialah 'Bagaimana membendung gejala buli di media sosial?', 'Cara bijak menggunakan digital dan media sosial untuk memperbaiki jualan', 'Aplikasi E-Commerce', 'CHATBOTS', 'Cabaran terbesar tren 2017 & 2018 dan sejauh mana kemampuannya?', 'Membentuk penulisan berita ke arah media digital dan cabaran-cabaran', dan 'Sosial media dalam perkhidmatan awam'.

Seterusnya acara MSMW2017 disempurnakan lagi dengan perkongsian oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, 'Pengalaman dan kebaikkan penggunaan media sosial'.

Comments