Skip to main content

4 tahun berlakon baru dapat dialog, Azzfar hargai watak kecil

BAKAT baru saban hari memang ramai, tak dinafikan! Berlumba-lumba nak jadi pelakon. Tak pasti samada kerana minat dan ada bakat ataupun sekadar mengejar glamor.

Seperti Muhamad Azfar Mat Hassan atau nama pentasnya Azzfar, beliau juga merupakan pelakon baru cuma namanya belum dikenali.

Pun begitu, wajah Azzfar, 28, sememangnya ada saja disiarkan di TV menerusi drama rantaian mahupun telefilem termasuklah iklan komersial seperti KFC, Milo Jacket Juara, Toyota Hilux dan juga Mighty White Bread.

Jadi buat anda yang gemar menghabiskan masa menonton TV pasti kenal.

Azzfar bermula sebagai pelakon tambahan sejak empat tahun lalu (2012), sudah bermacam-macam ujibakat yang dihadirinya namun tuah masih belum meletakkan namanya sebaris bintang-bintang besar.

Cepat atau lambat itu urusan yang Maha Adil.

Walau bagaimanapun, dek kerana usaha gigih menghadiri sesi ujibakat, Azzfar banyak dihujani tawaran-tawaran sebagai pelakon pembantu dan ada masanya diberikan dialog.
A post shared by azz official🎬 (@azzfar_hassan) on
"Masih segar... pertama kali diberikan watak kecil adalah menerusi telefilem Batu Nisan Ibu (2016) arahan Murali Abdullah terbitan Zeel Production Sdn Bhd," ujar Azzfar.
BACA: Alvian Chong sumber inspirasi Adrian Edy
Menyelami lebih dekat, Azzfar meluahkan rasa syukur kerana ada insan yang sudi membukakan pintu untuknya agar terus berkarya meskipun watak kecil Azzfar tetap sabar dan menerima.

"Saya ingin berterima kasih kepada individu-individu yang banyak berjasa dan membantu saya dalam industri hiburan ini terutamanya pengarah yang senantiasa memberikan kepercayaan kepada saya dan terus mengasah bakat lakonan saya.
A post shared by azz official🎬 (@azzfar_hassan) on
"Oleh itu saya tidak akan berputus asa dan belajar dari bawah dengan membiasakan diri di depan kamera dan merajinkan diri menghadiri sesi ujibakat," katanya ujibakat yang juga merupakan pemangkin semangat untuknya terus berlakon.

Antara drama dan telefilem yang pernah dibintanginya seperti, Spy Lah Sangat (HyppTV), Sketso 2 (Astro Warna), Bahagia Kasihmu (TV3), Mr. Donut Karamel (TV3), Izinkan Aku (Astro Citra), Dia (TV3).

Teruskan usaha, jangan pernah padam dan terus berjuang meskipun perit. Kerana kejayaan itu bermula dari kegagalan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

Comments