Skip to main content

Aishah dihujani tawaran tajaan buat baju konsert Gegar Vaganza

KONSERT Gegar Vaganza minggu kedua lalu menyaksikan Ferhad peserta pertama tersingkir dengan undian paling terendah ketika menyanyikan lagu 'Harus Terpisah' penyanyi asal Cakra khan.

Sementara itu, ramai pula meluahkan rasa kekecewaan dan kesedihan mereka apabila melihat penyanyi kesayangan terkenal, Aishah memakai pakaian yang tidak sewajarnya.

Pada malam minggu kedua konsert lalu, Aishah menyanyikan lagu Ziana Zain iaitu 'Dingin'.

Selepas beberapa pihak telah bersuara menerusi coretan di media sosial, Aishah, 52, memberitahu dia dihujani tawaran tajaan baju untuk konsert GV4 seterusnya.

Dengar khabarnya lebih 20 pereka fesyen terkenal yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada pelantun lagu popular 'Janji Manismu'.

Pada masa sama Aishah menerusi status seterusnya menulis sebelum ini dia tidak pernah menceritakan bahawa tiada sesiapa pun yang sudi untuk menajanya, malah sebenarnya dia lebih selesa dalam bilangan kecil untuk menguruskan dirinya.

Meskipun selesa dan cukup sekadar suami disisi menemaninya, menurut Aishah yang lebih menyentuh hati, ada hari lebih penting untuk orang ramai hadir buat dirinya.
#FB Aishah

Comments