Skip to main content

Ajak Shiro terkejut terima gambar lucah di IG

BUKAN sekali dua perkara seperti ini terjadi dikalangan artis tempatan.

Jika diimbas semula, pelakon Abam Bocey pernah menerima gambar bogel, malah lebih menjijikkan sang pelaku ialah lelaki.

Selain Abam, selebriti pelawak seterusnya ialah Ajak Shiro! Wow pemangsa memang usha penggiat komedi ke macam mana ni?

Ketika ditemui pada malam gala filem Rempit Sampai Langit, ditanya adakah Ajak pernah digilai wanita sebelum dan selepas berumah tangga, bapa kepada tiga cahaya mata memberitahu baru-baru ini dia ada menerima gambar lucah!
BACA: Joe menepis dakwaan ditajaa pelakon wanita berusia
"Tiga hari lalu ada individu menghantar gambar lucah di Instagram dan gambar itu pun saya diberitahu oleh isteri yang menjaga akaun milik saya.

"Bagaimanapun isteri tidak mendedahkan wajah dan nama sang pelaku untuk menjaga aib," ujarnya terkejut.
Untuk rekod, antara rakan artis lain sebelum ini pelakon popular Ola Bola, Luqman Hafidz juga pernah menerima nasib serupa pada tahun lalu.

Semakin berani dan tak malu betul tindakan individu gersang tidak bertempat ni.

Comments