Skip to main content

Alvin Chong sumber inspirasi Adrian Edy

BIARPUN berlainan bangsa namun itu bukanlah satu kekangan bakat anak muda kelahiran Papar, Sabah ini untuk menempah namanya di arena hiburan.

Berbekalkan pengalaman hampir tiga tahun, Adrian Edy atau nama penuhnya Adrian Edy Siaw Chee Hwa, akui tidak semudah yang disangka untuk memahat nama di pentas lakonan.

Justeru, melihat perkembangan Alvin Chong diterima baik dalam pasaran Melayu membuatkan Edy terpanggil untuk membuktikan kebolehannya berlakon di lapangan seni hiburan.
"Saya sedar tidak mudah untuk memasuki industri seni yang penuh pancaroba namun saya yakin berkat usaha dan minat serta sokongan daripada keluarga, saya berusaha untuk menonjolkan bakat.

"Dalam pada itu saya merasakan ada sedikit 'penambah rencah' kerana memiliki rupa paras jejaka Cina dan malah saya menganggap Alvin Chong sebagai sumber inspirasi.

"Saya juga mahu buktikan yang pelakon berbangsa bukan Melayu seperti saya juga mampu untuk menembusi industri seni hiburan tanahair," ujarnya berharap produksi menyedari kewujudannya.
BACA: Az Zahra keluar dari zon selesa
Terdahulu Edy, 21, pada tahun 2015, Edy pernah membintangi drama 'Cinta Si Wedding Planner' meskipun wataknya kecil.

Walau bagaimanapun, hari ini berkat usaha gigih membuat video-video viral dan parodi, Edy semakin dilihat dan diberikan tawaran. Dan terbaru ini Edy baru saja habis penggambaran telemovie 'Ku Rindu Kibarmu', sebagai watak utama, Inspektor Leong arahan Nuad Hj Othman.
"Watak saya pada kali ini agak mencabar dan berat kerana bermain dengan emosi dan ada juga babak berlawan," kata Edy penggambaran dibuat sepenuhnya di dalam hutan.
Untuk rekod antara telemovie, filem dan tvc yang pernah dibintanginya seperti, filem Warkop DKI Jangkrik Boss! arahan Anggy Umbara.

Manakala telemovie pula, Panggilan Subuh arahan Kyoll Hamzah terbitan Suhan Movies dan Ku Rindu Kibarmu terbitan Radhi Khalid Production dan TVC Maxis terbitan Red Communication.

Dan jangan lupa saksikan Edy menerusi program Astro ReadySetAction: expeRIAnce akan datang.

Ehem! Edy juga pernah mendapat TOP 10 menerusi Mr Borneo 2017 dan menyarung status Mr Popular Media Social dan Mr Best Personality.


Comments