Skip to main content

Alvin Chong temui ‘rusuk kiri’

BINTANG popular menerusi drama bersiri ‘Suri Hati Mr Pilot’, Alvin Chong akui tidak menang tangan kerana jadual kerja semakin padat.

Berikutan itu aktor berusia 26 tahun ini bersetuju untuk mengikat kontrak di bawah syarikat penerbit rekod, Universal Music Malaysia, selaku pengurusan kerjaya Alvin.
“Untuk beberapa tahun lalu saya menguruskan perjalanan karier sendiri dan berjalan dengan baik.
“Pun begitu sejak kebelakangan ini menyedari jadual saya semakin padat, saya hanya mampu melakukan beberapa perkara sahaja,” katanya.
A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on
Dalam perkembangan terbaru, pada akhir November ini pelakon drama 'Tangisan Kubur' ini juga akan menampilkan single terbaru berjudul, ‘Mencintaimu’, dan malah lagu ini juga akan dijadikan sebagai runut bunyi bagi drama bersiri terbaru ‘Coffee Prince’.
Sensation2u mengucapkan semoga perjalanan karier hero drama 'Awak Suka Saya Tak' dipermudahkan segalanya dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.


Untuk rekod, sebelum ini Universal Music Malaysia turut menampilkan pelakon dan penyanyi Nur Fazura sebagai artis naungan mereka.

Comments