Skip to main content

Amer Arshad pukau penonton dalam teater '3 Jari daripada Tuhan'

BAKAT baru, Amer Arshad mengakui belum pernah mempunyai pengalaman, malah beraksi di pentas teater juga tidak ada.

Walau bagaimanapun, hasil dua bulan nyata memberikan satu persembahan yang sangat memberangsangkan.
Sejujurnya saya tidak ada apa-apa pengalaman berlakon teater mahupun berlakon diluar pentas, jadi ini merupakan pengalaman kali pertama saya beraksi.
Pada awalnya saya agak terkejut kerana tidak menjangkakan akan ada watak dalam cerita ini ketika mendapat tahu saya terpilih.
Jelas Amer, 19, merupakan pelajar tahun pertama jurusan Diploma Teater di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Hakikatnya pementasan Muhammad Amer Hussein Arshad atau nama pentasnya Amer Arshad dalam '3 Jari daripada Tuhan' merupakan produk sulungnya.
BACA: Viral! Wajah tampan disebalik topeng pelakon baru
Tak semua orang diberikan rahmat apabila pertama kali beraksi berjaya memukau penonton dan menjiwai watak berkenaan.

Pementasan yang berlangsung pada selama tiga hari berturut minggu lalu merupakan karya adaptasi dan arahan Cik Rosminah Mohd. Tahir yang juga merupakan Dekan Fakulti Teater, ASWARA, yang diadakan dalam bentuk emotif.
Sebuah gambungan kerjasama antara generasi baru dan berpengalaman, pelajar dan pensyarah. Menerusi teater ini Amer digandingkan dengan pelakon hebat iaitu Juhara Ayob.

Mengangkat kisah benar kemudian diinterpretasikan bukan mudah namun itulah cabarannya, lebih-lebih lagi jika membawakan watak insan yang masih hidup.
BACA: Mei Fen hampir putus asa tapi apa yang dilakukan buat anda terkejut!
Tambah pula berlakon di depan individu berkenaan.

Saya akui memang gementar apabila diberitahu oleh pihak produksi orang tersebut hadir pada malam ini. 
Pun begitu saya lawan perasaan agar tidak menjejaskan persembahan saya dan buat yang terbaik.
Jadi setelah dua bulan menyelusuri latihan dan sudah menjiwai watak, saya mesti lakukan juga.
Antara kesukaran lain adalah untuk merasai kesakitan dan keseksaan yang dialami oleh orang asal.
Namun bilamana dia ada depan saya seolah betul-betul dapat merasakan apa yang dialaminya.
Ujarnya yang pernah menghadiri pementasan teater 'Kamariah Joned'.
BACA: Miera Leyana selektif dalam berkarya
Pementasan '3 Jari daripada Tuhan' dianggap berbeza kerana isu yang diketengahkan mengangkat kejayaan insan istimewa bernama Khairul Nizam seorang pemuda kelainan upaya (OKU) yang berasal daripada Klang.

Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana membuatkan jiwa Khairul kental menghadapi pelbagai halangan dan cabaran. Dalam keterbatasan beliau mengorak langkah mengejar kejayaan yang membuatkan beliau mampu tersenyum bangga.

Comments