Skip to main content

Ammar bakal terima anak sulung perempuan Disember depan

TAHNIAH diucapkan buat penyampai dan pengacara, Ammar bakal menyambut kelahiran zuriat pertama perempuan pada pertengahan Disember depan.

Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassan, 29, memuat naik video rakaman imbasan bayi berkenaan ketika isteri sedang melakukan pemeriksaan rutin menerusi Instagram miliknya.
BACA: Asfan Shah selamat menimang anak ketiga awal pagi Jumaat
Rata-rata peminat dan pelayar IG turut menumpang kegembiraan yang dinikmati Ammar.

Ini dapat dibuktikan ramai yang memberikan komen positif dan kata-kata semangat berharapkan kandungan isteri sihat dan bersalin secara normal.

Untuk rekod, Ammar dan isteri, Nur Amalina Jamil selamat mendirikan rumah tangga pada 1 April lalu.
A post shared by AzizulAmmarAbuHassan (@armadaammar) on

Comments