Skip to main content

Aplikasi WhatsApp tergendala 1 dunia risau!

Aplikasi WhatsApp yang menghubungkan kita semua tanpa batasan waktu dan kos dipercayai perkhidmatan tersebut tergendala sejak sejam lalu.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada syarikat berkenaan mengenai masalah yang dialami sebentar tadi.

Menurut sumber media seantero dunia melaporkan masalah yang dialami pengguna bukan sahaja di luar negara tetapi turut berlaku di Malaysia.

Rata-rata pengguna aplikasi berkenaan menunjukkan kebimbangan menerusi coretan mereka di laman sosial milik masing-masing.

Pun begitu, kini perkhidmatan yang menjadi komunikasi nombor satu dunia kini sudah kembali beraksi seperti sedia kala.

Comments