Skip to main content

Asfan Shah selamat menimang anak ketiga awal pagi Jumaat

PENYANYI dan komposer, Asfan Shah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka pada jam 2.22 pagi, Jumaat.

Isteri pelantun Sumpah Cintaku, Ain Sakinah melahirkan anak lelaki ketiganya itu secara normal di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian Instagram di Insta Story, Sakinah menzahirkan rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan agar dipermudahkan proses bersalin.

"Alhamdulillah, another Ali. Terima kasih atas doa semua mummy and baby alhamdulillah doing great, " coretnya ringkas.
Bayi dilahirkan seberat 3.31kg.
BACA: "Bagi saya tak ada masalah" - Izzue Islam
Sebelum ini, Asfan dan isteri dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2 tahun.

Syukur dan tahniah diucapkan buat pasangan ini dan untuk Sakinah selamat berpantang.

Comments