Skip to main content

Az Zahra Ahmad keluar dari zon selesa

BAKAT baru Az Zahra Ahmad, tindakannya membebaskan diri dari zon keselesaan dianggap cukup berani apabila dihujani dengan tawaran berlakon ketika menjawat jawatan sebagai misi.

Misi bukan calang-calang tau, misi bedah-bedah you all!

Mengenali figura tinggi lampai ini sejak dari zaman model hidupnya tidak pernah kosong kerana misi ini senantiasa bijak mencari peluang dan ruang baru untuk mengubah masa depannya.
Dek kerana itulah bermula dengan lakonan telemovie bakat Az Zahra mula berjaya mencuri perhatian ramai pengarah terkenal di luar sana dan berani mengambil keputusan menamatkan zaman misi.
BACA: "Bagi saya tak ada masalah" - Izzue Islam
"Kali pertama berlakon menerusi telemovie 'Bibik ku madu ku' siaran RTM (2014). Kemudian kurang aktif.

"Selepas itu saya banyak membintangi telemovie kerana tidak perlu memberikan komitmen berbulan-bulan namun di penghujung 2015 saya dihujani tawaran berlakon sehinggakan tak mampu untuk menolak.

"Sejak itu pada tahun 2016 saya mengambil keputusan untuk berlakon sepenuh masa," ujarnya kepada Sensation2u.

Tambahnya, demi mengubah haluan ke arah lebih baik sesuatu keputusan perlu dibuat dan bertawakal atas rezeki yang diberikan.
Sikit sedutan utk tatapan korg...jgn lupa tau lagi 10hari KSBP.. korg leh folo ig @kernasyurgabukanpercuma Utk dptkn update KSBP ni ye.cek pon xsabaq dahh ui nk tgu drama ni tyg.. #KernaSyurgaBukanPercuma, drama bersiri diinspirasikan dari sebuah novel oleh Najmi Fetih (@najmifetih), dengan sentuhan skrip nukilan Siti Jasmina (@ctjasmina), di bawah arahan Shuhaimi Zulkefli (@shuhaimizulkefli) terbitan Nuansa Sdn Bhd (@nuansafilm_official) .  Mulai 6hb November 2017 Isnin - Rabu 9 malam Astro Oasis & Astro Maya HD . Dibintangi oleh: Fikry Ibrahim (@fikryibrahim). Elfira Loy (@elfiraloy). Fendy Bakry (@fendybakry). Fadzil Zahari (@fadzilzahari). Dania Azmi (@daniaazmi). Fahmy Reza (@fahmyreza). Liza Rafar (@lizarafar). Haeriyanto (@haeriyantohassan). Syafnida Shuhaimi (@syafnidashuhaimi). Fahad Iman (@fahadiman) Azzahra Ahmad (@azzahra.ahm4d). Ami Haryani (@ami_haryani97). Naim Shamshol (@aimshamshol). Zul Helmy(@mzul_helmyy) Dan ramai lagi. #KSBP #NuansaSdnBhd #TarbiahSentap #November
A post shared by Azzahra Ahmad (@azzahra.ahm4d) on
"Kita perlu berani ambil risiko untuk ubah kehidupan dan saya cuba keluar dari comfort zone.

"Pada ketika itu tawaran berlakon alhamdulillah tidak putus-putus membuatkan saya berani meninggalkan dunia perubatan dan tawakal.

"Pun begitu, kita jangan berhenti berusaha untuk berjaya," jelasnya rezeki hadiah daripada Allah.

Berbicara mengenai watak, Fatimah Az Zahra Ahmad atau lebih mesra di sapa dengan panggilan Az Zahra berkata, drama rantaian 'Dawai Asmara' antara watak berat yang takkan pernah luput dari ingatannya.

"Watak saya seorang wanita yang hamil anak luar nikah, tak diterima keluarga, dihalau dari rumah bersama anak kecil, menumpang rumah kawan, dan suami kawan pula cuba mencabul kehormatan, kemudian tidur dikaki lima akhirnya terpaksa meninggalkan anak kepada orang lain demi menjamin masa depan," katanya watak yang benar-benar menguji kemampuan dirinya arahan Isma Aizal.

@Regrann from @kernasyurgabukanpercuma - Sneak peek skit 👀 . Coming soon di #AstroOasis, #KernaSyurgaBukanPercuma, drama bersiri diinspirasikan dari sebuah novel oleh Najmi Fetih (@najmifetih), dengan sentuhan skrip nukilan Siti Jasmina (@ctjasmina), di bawah arahan Shuhaimi Zulkefli (@shuhaimizulkefli) terbitan Nuansa Sdn Bhd (@nuansafilm_official) Dibintangi oleh: Fikry Ibrahim (@fikryibrahim). Elfira Loy (@elfiraloy). Fendy Bakry (@fendybakry). Fadzil Zahari (@fadzilzahari). Dania Azmi (@daniaazmi). Fahmy Reza (@fahmyreza). Liza Rafar (@lizarafar). Haeriyanto (@haeriyantohassan). Syafnida Shuhaimi (@syafnidashuhaimi). Fahad Iman (@fahadiman) . Dibantu oleh: Azzahra Ahmad (@azzahra.ahm4d). Ami Haryani (@ami_haryani97). Naim Shamshol (@naimshamshol). Zul Helmy(@mzul_helmyy) Dan ramai lagi. #KSBP #NuansaSdnBhd #TarbiahSentap #KUIS #Drama2017 #November - #regrann
A post shared by Azzahra Ahmad (@azzahra.ahm4d) on
Untuk rekod, antara drama-drama yang pernah dibintanginya adalah;

  1. Tele Maulidur Rasul - Cinta Selawat lakonan bersama Keith Foo - Shuhaimi Lua terbitan Excellent Folden Touch
  2. Sayangku Kapten Mukhriz
  3. Dia Anak Jeneral
  4. Peah Singa
  5. Aku Disisimu
  6. Katakan Tidak Pada Cinta
  7. Encik Suami Mat Saleh Celup
  8. Jangan Ikut Aku
  9. Selumbar Kasih
  10. Muzium Misteri
  11. Zahir Tak Terucap
  12. Dia (TV3) - Lakonan bersama Janna Nick sebagai Wawa
  13. Kerna Syurga Bukan Percuma - Astro OASIS & MAYA HD terbitan Nuansa Pictures.

Comments

Post a Comment