Skip to main content

"Bagi saya tak ada masalah" - Izzue Islam

TINDAKAN pelakon popular Izzue Islam mengambil risiko berlakon dalam produksi baru dianggap cukup berani.

Menurut penyanyi kumpulan Forteen, meskipun produksi Simpang 3 merupakan 'budak baru' di arena hiburan namun pembabitan pada kali adalah kerana cerita yang menarik.

Pembabitan berlakon dalam produksi baru bukan lah kali pertama, malah sudah beberapa drama mahupun filem yang saya bintangi juga ada daripada produksi baru.
Jadi bagi saya tak ada masalah dan antara fakor lain menarik minat saya sebab filem Pailang JB memaparkan aksi permotoran dan seni bela diri.
BACA : "Bagi lah peluang belajar bercinta" - Rody Kristal
Ujarnya kejayaan sesebuah filem adalah berdasarkan usaha produksi dan selebihnya bergantung kepada rezeki dan ketentuan Allah.


Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, ditemui ketika sidang media pelancaran dan sesi menandatangani filem berkenaan bertempat di restoran Planet Komedi Afdlin Shauki.

Izzue, 27, bakal membawakan watak sebagai Faizal menerusi filem 'Pailang JB yang akan memulakan penggambaran di Johor Bahru bermula 16 Disember depan.

Antaran barisan pelakon lain turut membintangi filem itu nanti ialah Mark Adam, Adam Corrie. Manakala pelakon baru diterajui oleh Ejal Jalal dan Anis Hanani.

Untuk rekod, ini merupakan filem ke 15 Izzue sepanjang pembabitannya di dalam seni hiburan.

Jadi kita tak boleh menyalahkan takdir...

Comments