Skip to main content

Corat Coret Lokasi Kedua Drama Sangat 2017 Lagi Drama wei!!!

Menjejaki lokasi hari kedua bertempat di Aman Jaya Mall, Sungai Petani, Kedah dan Mydin Meru, Perak.
Menariknya Sensation2u difahamkan kedua-dua tempat peminat sudah pun menunggu dengan penuh kesetiaan sebelum artis DSBT2017 tiba di lokasi berkenaan.

Setibanya di lokasi, suasana dapat digambarkan bagaikan ribut apabila peminat artis mula mengerumuni mereka demi mendapatkan gambar of the year dan autograph.

Wow! DSBT2017 juga menyaksikan pelbagai reaksi mengejutkan seperti peminat tanpa segan silu menarik artis dan menjerit-jerit memanggil nama mereka sehinggakan ada yang menangis supaya artis tersebut datang kepadanya.
BACA: Corat Coret lokasi pertama Drama Sangat 2017! Artis mana pula yang dihidu peminat tu?
Lebih drama lagi bila pelakon wanita yang sama sekali lagi dihidu peminat pada badannya. Wangian apa lah yang aktres genit tu pakai sampaikan hari kedua pun terjadi lagi.
Manakala di lokasi Mydin Meru mendapat sorakkan hebat apabila kemunculan pelakon hebat Sharifah Shahirah beraksi di pentas DSBT2017.

Seperti biasa hos DSBT2017 digamatkan dengan penampilan dua pelakon dan pelawak iaitu Shah Sulaiman dan Faiz Tapaw.

Untuk rekod, DSBT2017 masih lagi diteruskan ke lokasi berikut pada esok hari bertempat di Sunway Vello City, Kuala Lumpur.

Jom kita tatap lebih 30 gambar sekitar DSBT2017 ---->KLIL DISINI<----

Comments